Content Is King ?

Saya ingin menyambung post semalam. Jika anda masih belum membacanya, jangan teruskan pembacaan post ini. Cerita tergantung..................... !

Content is king ? Epic content ? Ada banyak persoalan berkaitan content.

Menulis content atau kandungan blog memang satu cabaran bagi seorang blogger. Terutamanya pendatang baru yang ingin mencuba nasib sebagai blogger. Tidak ada panduan yang jelas. Saya sendiri mengalami masalah yang sama. Antara persoalan yang sering kedengaran :

1. Apa yang ingin ditulis ?
Anda perlu menulis mengikut tema/label/keyword utama blog anda. Untuk blog Penyakit Dan Doa saya fokus kepada doa dan sedikit hadis dan sunnah Rasulullah yang ada kaitan dengan kehidupan kita.

2. Tiada idea untuk menulis ?
Perkara ini pernah saya alami. Kebuntuan idea. Saya pernah bertanya sambil berseloroh kepada seorang kawan, "Aku ada banyak doa, Kamu nak doa apa ?"
 
"Doa sakit kepala . Ada ? ",  kawan saya menjawab dengan muka serius. kemudian beliau  ketawa berdekah- dekah.

Jawapan beliau  telah mencetuskan idea penulisan kepada saya. Lantas saya membuat carian maklumat sakit kepala dan mengkaji nilai carian serta keyword utama sakit kepala.

Sebenarnya ada banyak perkara yang relevan dengan blog anda untuk ditulis. Cuma mungkin anda tidak mahir mengolah idea tersebut. Saya nasihatkan anda supaya banyak membaca untuk mendapatkan idea penulisan.

Untuk lebih mudah beli  ebook yang ditulis oleh Saudara Firdaus Latib yang berjudul "37 Teknik Luar Biasa Hapuskan Masalah Kekeringan Idea".
 
Pesan seorang blogger di dalam sebuah blog, beri apa yang cari, bantu apa yang mereka mahu. Bermaksud anda perlu menulis untuk membantu menyelesaikan masalah pembaca/pelawat. Sekiranya ini dapat dilakukan dengan berkesan, In Sya Allah pelawat akan datang semula ke blog anda dan follower anda akan meningkat. Mungkin juga Fan Page anda akan mendapat klik yang tinggi. Mereka melakukannya tanpa disuruh.

Di sinilah letaknya ayat, "content is king".

Saya cuba menidakkan kenyataan "content is king".

Saya telah melakukan satu lagi eksperimen dengan membina sebuah blog grafik bertemakan "quotes" atau kata-kata hikmat. Setiap post di blog ini  hanya mempunyai 2 atau 3 ayat sahaja dan dua keping grafik. Saya tidak mahu menulis panjang pada post berkenaan. Kemudian saya submit setiap post ke Stumble atau Digg atau Reddit. Hasilnya :



Blog eksperimen ini berusia 13 bulan. Pageviews all time history nya  26 357. Bermakna blog ini mempunyai page view 2000 sebulan. Sedikit sahaja. Di bawah ini gambaran pelawat yang datang.


Bagaimana mereka datang ? Apakah keyword yang membawa pelawat ke blog tersebut.


Di bawah ini maklumat pageview untuk page and  post.



Maaf. Saya tak berapa pandai menganalisa data. Setelah melihat imej-imej yang saya paparkan,  saya ingin tanya satu soalan kepada anda.


Apa jawapan anda ? 

Jawapan saya : Yes ! Content sangat penting bagi semua blog. Cuma content tidak semestinya karangan yang panjang berjela. Content boleh jadi dalam bentuk video, grafik, photo atau audio.  Okay, seterusnya ....

Ooppsss....... sebelum terlupa. Blog best graphiics quotes dibina untuk membuktikan bahawa tanpa penulisan yang berjela, ia  masih mampu menarik pelawat.  Sediakan apa yang pelawat cari, mereka akan datang berkali-kali.


3. Bagaimana untuk menulis content/artikel ?
Menurut seorang penulis buku yang popular, Tuan Zamri Mohamad, seorang wartawan perlu mengambil enam pembuka kunci bagi mempersembahkan beritanya. Kata kuncinya seperti berikut :

Apa
Dimana
Bila 
Siapa
Bagaimana
Mengapa

Sebagai seorang blogger, anda boleh menggunakan kaedah ini untuk menulis content. Cuma anda perlu membuat kajian teliti pada perkara yang hendak ditulis. Sebaiknya setiap fakta ada sandaran atau buktinya. Ini dapat meningkatkan kepercayaan pembaca. Oleh itu , selamat menulis.

Rasanya cukuplah setakat ini. Apa yang saya tulis ini hanyalah pandangan peribadi berdasar pengalaman dan eksperimen saya. Jika ada yang menimbulkan keraguan anda, sila komen.

P/s : Saya lebih gemar menghasilkan bahan grafik berbanding menulis artikel. Oleh itu semua  blog saya mengandungi 'terlebih' bahan grafik.

Terima kasih kerana sudi menghabiskan pembacaan.

Related Post

Content Is King ? Unknown Rating: 5 18/12/2012

11 comments:

  1. menarik sangat entry nie

    jom joinn

    http://www.bakul2011.com/2012/12/segment-pencarian-bloglist-2013_16.html

    ReplyDelete
  2. Semua orang fikir content is king. Memang betul Content Is King.

    Tapi King yang sebenar dalam membina blog yang berjaya ialah Relationship.

    Jadi,

    Relationship Is King

    Content Is Queen

    Siapa yang kata begitu? Orang yang kata begitu ialah Copyblogger Media.

    Kalau Tuan merasakan tidak bersetuju dengan saya, harap diperbetulkan ye ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) Terima kasih kerana komen.

      Soalan Danial memberi satu lagi idea penulisan kepada saya.

      Boleh tak Danial buat satu post di blog Danial untuk terangkan relationship is king, content is queen.

      Delete
    2. InsyaAllah Tuan. Saya akan cuba sedaya upaya. Sekarang saya kurang sihat sikit. Minta masa ye Tuan kalau saya nak terangkan perkara tesebut ;)

      Dan Tahniah sekali lagi saya ucapkan. Alexa Rank blog Tuan telah menurun lagi angkanya. Daripada 7M sekarang sudah 3M. Kalau dalam masa sebulan sudah kurang daripada 2M. Saya kena bagi tahu orang lain nih. (Saya akan bagi kredit kepada Tuan)

      Nota Penting: Saya melihat page description-nya sungguh ringkas. Tuan boleh panjangkan lagi ayatnya tetapi tidak boleh melebihi 150 characters. Harap maklum ye Tuan

      Delete
    3. Terima kasih. Semoga Tuan cepat sembuh. Amin

      Delete
    4. Herm....CONTENT tu sebenarnya memainkan peranan paling penting dalam dunia blogging. Ini kerana orang mencari INFORMASI berdasarkan KEYWORD yang terdapat pada CONTENT not RELATIONSHIP,tapi itu tidak bermakna kita patut mengabaikan RELATIONSHIP.

      To me RELATIONSHIP ni bukan KING didalam dunia blogging but ianya adalah SOCIAL ACTIVITY yang harus dilakukan oleh setiap penulis blog. Dimana tujuannya adalah untuk membina RANGKAIAN(NETWORK) blog kita dan selain dari itu ianya juga bertujuan untuk MEMBERITAHU kepada BLOGGER lain akan kewujudan blog kita.

      Selain dari CONTENT & RELATIONSHIP, DESIGN juga memainkan peranan yang penting. Di mana DESIGN juga mampu membuat visitor kembali menjenguk blog kita untuk mengetahui perkembangan design blog + artikel terbaru kita.

      and actually mengarut jer pasal KING or QUEEN dalam dunia blogging tu.

      Delete
    5. :) Terima kasih kerana memberi ulasan.

      Delete
  3. Betul, sebelum memulakan penulisan, kita perlu kaji/ambil tahu content sebagaimanakah yang mampu menarik trafik. Contohnya blog eksperimen bestgraphicquotes tadi, sudah terang lagi bersuluh, niche content adalah 'quotes' jadi berduyunlah pencari quotes masuk ke dalam blog itu.

    Jadi, kesimpulannya, content adalah salah satu perkara asas yang penting perlu diambil kira sewaktu memulakan penulisan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Cikgu Aiyad kerana sudi ziarah.

      Delete
  4. Nice post, for me, APA JUA di dalam sebuah blog adalah 'content', sama ada sematik, script, code, gambar sahaja, atau perkataan sahaja. Code yg menarik (content), boleh memberikan keselesaan pd reader (eg: function2 bg lebih user friendly, sosial friendly, mobile friend, seo friendly dsb), gambar shj (content): yang menarik pon boleh mencetuskan populariti satu2 page, demikian juga hanya ayat or hanya video shj.

    Tanpa content yang baik, backlink, offpage2, sosial2 share lain ttp x memberi impak jangka masa panjang dalam persaingan yg masih diatas,

    Secara personal, content always king, sesiapa jua pasti akan tertumpu pd 'content', sama ada blogger mahupun visitor .hehe.

    Hahahaha masing2 dgn presepsi sendiri mentafsir qoutes 'content is king ni' hehe, jus my opinion bro, very nice post, well done

    ReplyDelete

Sila kongsikan jika artikel ini bermanfaat atau komen jika anda ada persoalan.