Milik Kita Bukan Rezeki Kita

Milik kita bukan rezeki kita.

Anda faham maksudnya ?  Apa yang kita ada tidak semestinya akan menjadi rezeki kita.

Ceritanya begini, Que seorang pembantu pejabat, berada di sebuah bank untuk mengeluarkan wang sebanyak RM50. Setelah memiliki wang tersebut,  beliau singgah minum ABC dan makan pau. Sedang asyik makan, Que didekati oleh seorang  lelaki separuh umur yang berpakaian comot. Lelaki tersebut meminta sebatang rokok dan sedikit wang.

Que bingkas bangun lalu memarahi lelaki itu, "Sudah tau miskin, hisap rokok pula. Membazir, membakar duit."

Lelaki itu terkebil-kebil kena marah.

"Encik berilah saya sedikit duit nak beli makanan, saya orang susah." lelaki separuh umur itu terus merayu.

"Tak payah, kalau lapar nah ambil pau ni . Kalau aku bagi duit, nanti kau beli rokok..."

Lelaki tersebut mengambil pau yang dihulur oleh Que. Setelah mengucapkan terima kasih lelaki itu pun beredar.

Que memerhati lelaki itu beredar. Satu persoalan bermain dibenaknya.

 "Kenapa dia minta duit dari aku. Ada ramai lagi pelanggan lain yang makan."

Setelah kenyang Que meneruskan langkahnya ke sebuah pasaraya. Ketika berada di pintu masuk pasaraya, beliau disapa oleh seseorang.

"Assalammualaikum encik. Saya dari rumah anak-anak yatim. Saya sedang buat jualan amal. Ini ada kalendar  dan balm. Sepuluh ringgit sahaja encik. Kalau encik hendak derma pun boleh."

Tanpa berfikir panjang, Que menyeluk poketnya lalu mendermakan RM10.

"Nah, saya derma sahaja."

Que terus masuk untuk window shopping. Selepas satu jam Que keluar sambil menjinjing beg plastik yang berisi bahan makanan yang bernilai RM20. Dia menuju ke tempat letak keretanya yang bersebelahan bank.
Dari jauh dia nampak sehelai kertas putih yang diselitkan pada wiper keretanya.

"Kertas apa ya ?", timbul persoalan di fikirannya. Que melangkah pantas ke arah keretanya.

"Adoooiiiii.......... kena saman parking pula ! Macam mana aku boleh lupa letak tiket parking ?", sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Terbang RM10 , untuk bayar saman."

Que masuk ke dalam keretanya dengan perasaan geram.

Anda faham perkaitan cerita ini dengan tajuk di atas ? Biar saya terangkan.

Que memiliki RM50. Beliau membeli pau. Pau itu miliknya. Que makan pau tersebut. Pau yang telah ditelan itu adalah rezekinya. Namun sebahagian makanan itu adalah rezeki lelaki separuh umur yang berpakaian comot.

Kemudian Que memberi RM10 kepada orang yang minta derma. Bermakna wang RM10 itu rezeki anak yatim. Jumlah wang yang boleh digunakan oleh Que berkurangan.

Que membelanja wang RM20. Rezeki bagi penjual barangan makanan tersebut. Que mendapat manfaat dalam bentuk barangan makanan. Namun masih belum pasti beliau dapat makan kesemua makanan yang dibelinya.

Akhir sekali, Que disaman RM10. Rezeki untuk Majlis Perbandaran.

Ini adalah salah satu kisah dalam kehidupan harian kita. Sebenarnya kita memiliki banyak benda dan perkara, namun bukan semua menjadi rezeki kita. Que memiliki RM50 tetapi bukan semuanya menjadi rezeki beliau..

Seorang ustaz pernah menyatakan bahawa rezeki adalah apa-apa sahaja yang memberi manfaat kepada seseorang. Tidak kiralah sama yang baik, yang buruk, yang halal ataupun yang haram.

Manfaat ini boleh jadi dalam bentuk kebendaan (material) dan yang berbentuk bukan kebendaan. Manfaat yant tidak berbentuk kebendaan adalah badan yang sihat, hati yang tenang, urusan dipermudahkan dan pelbagai lagi.

Oleh itu, sekiranya kita mempunyai manfaat berbentuk kebendaan hendaklah kita bersedekah dan berkongsi dengan orang lain. In Sya Allah rezeki kita akan diperluaskan.  Perhatikan maksud ayat Al-Quran ini:


Maka marilah kita bersedekah atau berkongsi manfaat supaya akan bertambahlah rezeki dan pahala kita. Biarlah apa yang kita miliki itu kurang asalkan rezeki kita bertambah. Hindarilah manfaat yang haram.


Sekiranya anda share artikel ini, ia juga boleh dikira sebagai sedekah. Anda berkongsi kebaikan dengan orang lain.

Andainya anda tidak berpuashati, sila beri komen yang membina.

Terima kasih.

Related Post

Milik Kita Bukan Rezeki Kita Unknown Rating: 5 16/12/2012

2 comments:

  1. Betul tu. Saya sangat bersetuju dengan Tuan. Kalau kita memberi dengan ikhlas maka rezeki kita akan bertambah...

    Terima kasih banyak2 Tuan kerana sudi berkongsikan bersama kami tentang entri yang sangat bermanfaat ini :D

    ReplyDelete
  2. Terima kasih . Hanya sekadar perkongsian kecil berdasarkan pembacaan saya.

    ReplyDelete

Sila kongsikan jika artikel ini bermanfaat atau komen jika anda ada persoalan.