Salam 1Malaysia.
Saya baru sahaja membaca artikel yang ditulis oleh Danial Abdul Rahim. Beliau bercerita pasal epic content. Bagus isi artikel tersebut ! Timbul satu persoalan dalam diri saya , "Betul ke blogger ni 16 tahun ?" Saya baru sahaja mengenali Danial. Lebih kurang 4-5 hari kebelakangan ini. Saya dapati anak muda yang bercita-cita tinggi.
Ini mengingatkan saya akan kisah Adly Mukhtar a.k.a Labanon pada 10 tahun yang lalu. Adly memulakan langkah dalam IM juga pada usia 16 tahun. Alhamdulillah, beliau kini sudah berjaya menjalankan perniagaan sendiri.
Okay, berbalik kepada tajuk post ini, Kaji Sebelum Buat. Sememangnya benar, kita perlu mengkaji atau berfikir sebelum melakukan sesuatu. Ini kerana setiap apa yang kita lakukan akan meninggalkan kesan. Dalam bahasa hebatnya , "impak".
Apa kaitannya dengan blogging ?
Tiada kaitan ? Teruskan membaca post ini.
Saya ingin kongsikan sedikit kajian yang saya buat dalam dunia blogging. Hanya sekelumit pengalaman yang ingin dikongsikan. Anda pernah jumpa atau baca blog Penyakit Dan Doa ? Inilah blog saya. Blog ini adalah blog eksperimen yang akhirnya menjadi blog kesayangan saya.
Kaji Keyword.
Blog ini saya bina untuk menguji adakah niche agama mempunyai pembaca atau pengikut. Saya fokuskan kepada skop yang lebih kecil iaitu "doa". Sebelum blog ini dibina saya mengkaji secara kasar nilai carian perkataan "doa" di Malaysia. Saya menggunakan cara tradisional.
Local monthly searches adalah 9900 sebulan. Kalaulah saya dapat kesemua 9900 pelawat ini. Ish ish ..... Saingannya, anda lihat sendiri.
Senak perut dibuatnya ! Persaingan yang tinggi. Namun saya mesti cuba kerana ini blog eksperimen bukannya blog buat duit.
Kemudian saya kaji keyword yang perlu saya fokus. Saya pilih empat keyword berdasarkan berdasarkan Global Monthly Searches : doa ketika sakit, mempunyai 1000 carian, doa sakit kepala pula mempunyai 500 carian, doa anak yang nakal mempunyai 100 carian, doa berjimak ada 300 carian dan cara solat dhuha mempunyai carian tertinggi iaitu 8000 carian.
Kenapa buat kajian keyword ?
1. Keyword digunakan sebagai cara untuk melabel blog. Oleh itu keyword mesti ada dalam url, keyword mesti ada dalam deskripsi blog dan keyword mesti ada dalam setiap post/entry blog.
2. Keyword memudahkan proses SEO .
3. Keyword memudahkan owner mengkaji bagaimana pelawat boleh sampai ke blog mereka.
4. Keyword memudah blogger menentukan tema penulisan post.
Cuba fikirkan apakah keyword utama blog anda ? Tiada ? Pilihlah satu.
Setelah selesai kajian tersebut,barulah saya membina blog Saya gunakan keyword utama dalam url dan letakkan keyword pada deskripsi blog. Langkah seterusnya adalah mencari template blog.
Kaji template.
Apalah susah-susah hendak kaji, guna sahaja apa yang ada ! Semua template sama sahaja !
Ini adalah pendapat umum.
Pada permulaannya blog Penyakit Dan Doa hanya menggunakan template biasa sahaja. Saya tulis beberapa post/entry. Saya biarkan sahaja. Tanpa SEO. Saya update blog sebulan dua kali sahaja. Ada kalanya sebulan sekali. Malas dan tidak fokus. Blog langsung tidak ada pelawat.
Kenapa ? Anda tahu jawapannya ?
Tanpa SEO blog anda tidak akan ke mana. Saya ambil keputusan untuk menukar template blog. Mencari template SEO friendly. Akhirnya saya terjumpa template "thesis for blogspot". Saya kaji sedikit struktur H1 dan H2 template tersebut. Kelebihan template ini adalah , mempunyai button share, ada breadcrumbs, dynamic meta tags, dynamic heading tag , meta tag label dan banyak lagi. On-page SEOnya mantap.
Selepas dua minggu, ada pelawat yang datang. Wah .... ini perkembangan yang baik. Saya teruja dan jadi bersemangat.
Tanpa off-page SEO pun pelawat boleh sampai ke blog saya. Lantas, saya membuat kesimpulan bahawa template SEO friendly mampu memberi impak kepada blog.
Anda setuju dengan pendapat saya ? Sila share.
Tidak bersetuju ? Tinggalkan komen. Saya akan jawab.
Langkah seterusnya adalah menulis content.
Okay, saya akan sambung post ini esok. See ya !
Sebenarnya... template saya dah mesra SEO. Tapi kalau Tuan nak tukar juga kepada template Thesis For Blogspot Saya tidak menghalang.
ReplyDeleteCuma, saya sarankan Tuan bersabar dahulu sebab TFBv3 akan keluar tak lama lagi :)
Kalau yang bahagian breadcrum itu saya rasa, Tuan perlu baca entri ini:
http://danialde4.blogspot.com/2012/12/kenapa-breadcrumb-tak-mesra-seo.html
Sejuta ampun dan maaf sekiranya komen ini membuatkan Tuan tidak selesa. Ini cuma pendapat saya sahaja :-)
he he he...bukan begitu.
DeleteSebenarnya blog Penyakit dan Doa yang menggunakan template Thesis.
Blog Manjung Corner akan kekal dengan template ini.
Terima kasih atas pemberian percuma blog ini.
Hehe... buat terkejut je... Tapi tengok ranking blog ni dah naik...
DeleteDulu Alexa Rank 15M
Sekarang Alexa Rank 7M
Peningkatan yang drastik. Terima kasih Tuan kerana tetap sudi bersama dengan Template saya =D
Ya memang ada peningkatan. Mungkin on page SEO pada template membantu. Terima kasih untuk tuan.
Delete