Manjung Corner

Selamat datang ke Manjung Corner.

Manjung ? Anda tahu di mana ?

Terletak di negeri Perak, dikenali sebagai Daerah Maritim dan Pelancongan. Daerah ini mempunyai beberapa tempat pelancong seperti Pangkor, Pantai Teluk Batik dan kawasan peranginan Damai Laut.



Jika anda ingin tahu lebih lanjut, ikuti post yang mendatang di blog ini. Atau googling sahaja.

Apakah Manjung Corner ?

Blog tempat anda bersantai sambil mendapat pelbagai maklumat Daerah Manjung  dan pelbagai isu sakit hati untuk anda. Saya juga akan sediakan pelbagai doa untuk mententeramkan jiwa anda. Oleh itu, teruslah setia bersama blog ini.

Siapa blogger blog ini ?

Kenalilah saya di Facebook sebagai Bang Long. Anak sulung yang berusia hampir setengah abad. Masih berjiwa muda. Saya suka menulis blog, snap-snap gambar dan suka grafik. Jangan anda terkejut jika anda temui banyak gambar dalam blog ini.

Bagaimana saya blogging ?

Saya menulis apa saja yang terlintas di hati saya. Jika kekeringan idea, saya akan blogwalking, kemudian mengolah semula apa yang saya jumpa untuk dijadikan post saya.

Okay. Semoga kita berjumpa lagi.

Related Post

Manjung Corner Unknown Rating: 5 13/12/2012

No comments:

Sila kongsikan jika artikel ini bermanfaat atau komen jika anda ada persoalan.