Rezeki Ke Syurga

Salam sejahtera !

Sebelum anda membaca post ini seterusnya cuba baca apa yang tertera di bawah ini.  


 Ulangi sebanyak sepuluh kali.

Tahniah kerana anda mematuhi arahan saya. Kepada yang ambil mudah arahan saya tadi sila baca hadis ini.

Rasulullah bersabda : "Adakah kamu tidak mampu untuk untuk memperoleh seribu kebajikan setiap hari ?" Seseorang bertanya kepada Baginda : "Wahai Rasulullah, bagaimana kami boleh memperoleh seribu kebajikan pada setiap hari ?" Baginda menjawab : "Bacalah Subhanallah seratus kali nescata kamu akan memperoleh seribu kebajikan."
(Riwayat Muslim.)

Bagaimana ? Rugi ? Masih ada ruang untuk anda melakukannya sekarang. Ulanginya sepuluh kali. Allah akan tulis seratus kebajikan untuk anda hari ini. Alhamdulillah anda berjaya melakukannya.

"Subhanallah" merupakan salah satu sebutan untuk berzikir. Sebutannya ringkas dan mudah untuk disebut. Namun ia sukar diamalkan. 

Kenapa ramai tidak mengamalkannya ? Adakah kita malas ? Sibuk ? Atau sukar untuk disebut ?

Jawapannya ada pada diri masing-masing. Saya senaraikan kelebihan berzikir. 

1. Zikir menyebabkan Allah redho.
2. Zikir menguatkan hati dan badan.
3. Zikir menyebabkan hati dan wajah bercahaya.
4. Zikir menjauhkan dukacita dan gundah gulana.
5. Zikir menarik rezeki.
6. Zikir menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya.
7. Zikir mengangkat darjat seseorang di akhirat.

Banyaknya kelebihan berzikir. Berzikir ini amat mudah. Boleh dilakukan tanpa berpeluh, tanpa bersuara dan tidak perlu mengeluarkan belanja satu sen pun. 

Yang paling hebat, satu zikir yang kita sebut, sepuluh kebajikan yang di balas. Seratus kali kita sebut, seribu kebajikan akan kita perolehi. Subhanallah,begitu pemurahnya sifat Allah. 

Janji Allah dalam Al Quran :

"Sesiapa berbuat kebaikan mendapat sepuluh kali ganda amalannya. Dan sesiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikit pun tidak dirugikan (dizalimi)."
(Surah Al Anám 6:160)

Saya kongsikan sedikit lagi kelebihan berzikir. Maulana Muhammad Zakaria dalam kitabnya menulis hadis berikut :

Rasulullah bersabda bahawa terdapat dua amalan yang dapat membantu orang Islam masuk syurga. Kedua-dua amalan itu sangat ringan tetapi tidak ramai yang beramal dengannya. 
Pertama ialah membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar sebanyak sepuluh kali selepas setiap solat fardu. Maka jumlah bagi lima waktu solat adalah 150. Oleh kerana ganjaran pahala amalan di ganda 10 kali, maka jumlah pahala yang tercatat dalam buku amalannya ialah 1500 pahala. 
Kedua, membaca Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 34 kali sebelum tidur. Maka jumlahnya menjadi seratus dan ganjaran pahala yang akan diperoleh adalah seribu.

Saya menarik nafas panjang apabila mengetahui kelebihan zikrullah ini. Betapa ruginya saya selama ini kerana tidak mengetahui hal ini. 

Anda bagaimana ?

Kita berpeluang untuk mendapat 2500 kebajikan dalam satu hari dengan hanya menyebut 250 kali kalimah zikrullah. 

Satu persoalan timbul, mengapa tidak ramai yang beramal sedemikian ?

Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah : "Wahai Rasulullah, mengapa sangat sedikit orang yang beramal dengan kedua-dua amalan tersebut sedangkan amalan itu sangat mudah ?" Baginda bersabda : "Ketika waktu hendak tidur, syaitan menidurkan orang itu sebelum dia sempat membaca kalimah-kalimah tersebut. Setelah mengerjakan solat, maka syaitan  memperingatkan kepadanya sesuatu yang menyebabkan dia bangun dan pergi sebelum sempat membaca tasbih tersebut." 
Begitulah liciknya syaitan menghasut manusia.

Bagaimana anda rasa sekarang ? Rugi atau untung ? 

Kesimpulannya, Syurga itu memang hampir dengan kita. Sudah ada jalan untuk kita ke syurga. Berzikir adalah salah satu caranya. Berzikir ini mudah dan berganda ganjarannya. Satu kalimah kita sebut , sepuluh kebajikan kita terima. Begitulah sifat pemurah Allah Ta'ála terhadap hambanya.

Berzikir boleh dilakukan pada bila-bila masa. Tidak kira selepas solat atau sebelum tidur. Terpulanglah kepada kita untuk mengamalkannya. 

Sebelum saya akhiri penulisan ini , saya pohon anda share artikel ini di mana-mana laman sosial anda.  
Kenapa anda perlu share ?

Alasan saya begini , ada tiga perkara yang akan kita bawa semasa menghadap Allah nanti.
i. Amalan kita (Amal ibadat).
ii. Ilmu yang dimanfaatkan (Perkongsian ilmu atau mengajar orang lain ilmu yang baik).
ii. Doa dari anak yang soleh (Doa dari anak yang kita didik menjadi orang yang soleh/solehah).

Sharing artikel ini adalah perkara ke 2(ii).Perkongsian ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain. Pahala berganda untuk anda. 

Jika ada persoalan atau komen , sila ajukan di bawah.

P/s : Artikel ini saya tulis setelah membaca buku "Mudahnya Menjemput Rezeki". Hadis dan ceritanya dari buku tersebut. Ada banyak cerita tips murah rezeki.

Terima kasih.

Related Post

Rezeki Ke Syurga Unknown Rating: 5 22/12/2012

No comments:

Sila kongsikan jika artikel ini bermanfaat atau komen jika anda ada persoalan.