Rezeki Ke Syurga

Salam sejahtera !

Sebelum anda membaca post ini seterusnya cuba baca apa yang tertera di bawah ini.  


 Ulangi sebanyak sepuluh kali.

Tahniah kerana anda mematuhi arahan saya. Kepada yang ambil mudah arahan saya tadi sila baca hadis ini.

Rasulullah bersabda : "Adakah kamu tidak mampu untuk untuk memperoleh seribu kebajikan setiap hari ?" Seseorang bertanya kepada Baginda : "Wahai Rasulullah, bagaimana kami boleh memperoleh seribu kebajikan pada setiap hari ?" Baginda menjawab : "Bacalah Subhanallah seratus kali nescata kamu akan memperoleh seribu kebajikan."
(Riwayat Muslim.)

Bagaimana ? Rugi ? Masih ada ruang untuk anda melakukannya sekarang. Ulanginya sepuluh kali. Allah akan tulis seratus kebajikan untuk anda hari ini. Alhamdulillah anda berjaya melakukannya.

"Subhanallah" merupakan salah satu sebutan untuk berzikir. Sebutannya ringkas dan mudah untuk disebut. Namun ia sukar diamalkan. 

Kenapa ramai tidak mengamalkannya ? Adakah kita malas ? Sibuk ? Atau sukar untuk disebut ?

Jawapannya ada pada diri masing-masing. Saya senaraikan kelebihan berzikir. 

1. Zikir menyebabkan Allah redho.
2. Zikir menguatkan hati dan badan.
3. Zikir menyebabkan hati dan wajah bercahaya.
4. Zikir menjauhkan dukacita dan gundah gulana.
5. Zikir menarik rezeki.
6. Zikir menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya.
7. Zikir mengangkat darjat seseorang di akhirat.

Banyaknya kelebihan berzikir. Berzikir ini amat mudah. Boleh dilakukan tanpa berpeluh, tanpa bersuara dan tidak perlu mengeluarkan belanja satu sen pun. 

Yang paling hebat, satu zikir yang kita sebut, sepuluh kebajikan yang di balas. Seratus kali kita sebut, seribu kebajikan akan kita perolehi. Subhanallah,begitu pemurahnya sifat Allah. 

Janji Allah dalam Al Quran :

"Sesiapa berbuat kebaikan mendapat sepuluh kali ganda amalannya. Dan sesiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikit pun tidak dirugikan (dizalimi)."
(Surah Al Anám 6:160)

Saya kongsikan sedikit lagi kelebihan berzikir. Maulana Muhammad Zakaria dalam kitabnya menulis hadis berikut :

Rasulullah bersabda bahawa terdapat dua amalan yang dapat membantu orang Islam masuk syurga. Kedua-dua amalan itu sangat ringan tetapi tidak ramai yang beramal dengannya. 
Pertama ialah membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar sebanyak sepuluh kali selepas setiap solat fardu. Maka jumlah bagi lima waktu solat adalah 150. Oleh kerana ganjaran pahala amalan di ganda 10 kali, maka jumlah pahala yang tercatat dalam buku amalannya ialah 1500 pahala. 
Kedua, membaca Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 34 kali sebelum tidur. Maka jumlahnya menjadi seratus dan ganjaran pahala yang akan diperoleh adalah seribu.

Saya menarik nafas panjang apabila mengetahui kelebihan zikrullah ini. Betapa ruginya saya selama ini kerana tidak mengetahui hal ini. 

Anda bagaimana ?

Kita berpeluang untuk mendapat 2500 kebajikan dalam satu hari dengan hanya menyebut 250 kali kalimah zikrullah. 

Satu persoalan timbul, mengapa tidak ramai yang beramal sedemikian ?

Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah : "Wahai Rasulullah, mengapa sangat sedikit orang yang beramal dengan kedua-dua amalan tersebut sedangkan amalan itu sangat mudah ?" Baginda bersabda : "Ketika waktu hendak tidur, syaitan menidurkan orang itu sebelum dia sempat membaca kalimah-kalimah tersebut. Setelah mengerjakan solat, maka syaitan  memperingatkan kepadanya sesuatu yang menyebabkan dia bangun dan pergi sebelum sempat membaca tasbih tersebut." 
Begitulah liciknya syaitan menghasut manusia.

Bagaimana anda rasa sekarang ? Rugi atau untung ? 

Kesimpulannya, Syurga itu memang hampir dengan kita. Sudah ada jalan untuk kita ke syurga. Berzikir adalah salah satu caranya. Berzikir ini mudah dan berganda ganjarannya. Satu kalimah kita sebut , sepuluh kebajikan kita terima. Begitulah sifat pemurah Allah Ta'ála terhadap hambanya.

Berzikir boleh dilakukan pada bila-bila masa. Tidak kira selepas solat atau sebelum tidur. Terpulanglah kepada kita untuk mengamalkannya. 

Sebelum saya akhiri penulisan ini , saya pohon anda share artikel ini di mana-mana laman sosial anda.  
Kenapa anda perlu share ?

Alasan saya begini , ada tiga perkara yang akan kita bawa semasa menghadap Allah nanti.
i. Amalan kita (Amal ibadat).
ii. Ilmu yang dimanfaatkan (Perkongsian ilmu atau mengajar orang lain ilmu yang baik).
ii. Doa dari anak yang soleh (Doa dari anak yang kita didik menjadi orang yang soleh/solehah).

Sharing artikel ini adalah perkara ke 2(ii).Perkongsian ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain. Pahala berganda untuk anda. 

Jika ada persoalan atau komen , sila ajukan di bawah.

P/s : Artikel ini saya tulis setelah membaca buku "Mudahnya Menjemput Rezeki". Hadis dan ceritanya dari buku tersebut. Ada banyak cerita tips murah rezeki.

Terima kasih.

Amazing Lumut

Anda pernah menjejak kaki di pekan Lumut ? Tidak pernah ? Di sini saya kongsikan beberapa paparan menarik di pekan Lumut.


Jangan terkejut. Apa yang pernah anda lihat dengan apa yang terakam dari lensa kamera adalah tidak sama.


Laluan pejalan kaki menyusuri pantai pekan Lumut.


Kawasan lapang.


Ini pandangan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.


Ramai yang tertanya-tanya tentang bangunan ini.


Taman permainan kanak-kanak berhampiran gerai makan.

Terdapat banyak hotel jika anda ingin menginap di Lumut. Jika langkah anda panjang, bolehlah menyeberangi muara Sungai Dinding untuk ke Pulau Pangkor.

Lumut dikenali kerana kewujudan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Jumpa lagi.






Syurga Itu Untuk Kita


Salam sejahtera.

Cuaca yang mendung nampak suram. Hari yang gelap seperti malam.

Malam ? Jika disebut perkataan malam, apa yang terlintas dalam fikiran anda. Gelap ? Tidur ? Wayang ? Lepak ? Rempit ? Apa ya ?

Jika ada orang sebut malam, saya gambarkan gelap, surfing dan tidur. Itulah malam dalam hidup saya.

Allah jadikan dunia ini ada siang dan ada malam. Siang untuk manusia berkerja, malam untuk manusia berehat. Ada juga sesetengah golongan beranggapan malam adalah masa untuk mereka bersiar-siar. berhibur bagi melapangkan fikiran.

Ada juga sekelompok manusia yang malamnya dihabiskan dengan merayau-rayau di internet sehingga dinihari. Kemudian tidur dan bangun pada tengah hari. Suatu kebiasaan yang luar biasa. :)

Anda bagaimana ?

Bagi umat Islam, malam adalah masa untuk mereka berehat dan beribadat. Mereka digalakkan tidur dahulu dan bangun pada dua per tiga malam untuk beribadat. Manusia perlu tidur untuk merehatkan badan dan sistem dalam badan. Setelah sistem badan pulih dan segar, bangunlah untuk beribadat. Ibadat ini disebut sebagai Qiamullail.

Bangun di tengah malam ? Oh tidak !  Aku sayang mimpi-mimpiku.

Qiamullail adalah satu bentuk pengorbanan seorang hamba kepada Penciptanya. Bangun meninggalkan tempat tidur untuk tunduk sujud menyembah Illahi. Ujian untuk ketakwaan mereka.

Anda sanggup ?  Jawapannya hanya anda sahaja yang tahu.

Jika anda sanggup, alhamdulillah. Allah akan bersama anda dan memberkati hidup anda.

Jika tidak sanggup meninggalkan tempat tidur anda ,  beribadatlah sebelum tidur. Jangan sia-siakan malam itu tanpa sebarang  ibadah dan pahala.

Baca kisah di bawah ini. Pasti anda akan teruja.

Diriwayatkan dari Abdullah; Rasulullah bersabda: "Apakah tidak mampu seseorang diantara kamu untuk membaca sepertiga Al-Quran setiap malam ?"  Abdullah berkata: Adakah yang mampu melakukan itu ? Baginda menjawab, "Ya, ada. Bacalah Qul hu wal lah hu a had.

Terdapat juga hadis lain yang menyebut, Rasulullah bersabda, "Sesiapa membaca  Qul hu wal lah hu a had pada malam hari, maka ia telah membaca sepertiga Al-Quran."

'Qul hu wal lah hu a had' ini merujuk kepada Surah Al-Ikhlas.

Ada satu lagi kisah yang bakal menggembirakan anda.

Abu Hurairah berkata: "Kami menuju ke suatu tempat bersama Rasulullah, kemudian baginda mendengar seseorang membaca Qul hu wal lah hu a had (membaca Surah Al-Ikhlas dengan lengkapnya). Mendengar itu Rasulullah bersabda: "Telah wajib." Aku bertanya kepada baginda, "Ya Rasulullah, apa yang telah wajib ?" Baginda menjawab, "Syurga". ( Telah wajib baginya syurga).

Wah , syurga ganjarannya . Bagaimana ? Anda masih mahu mensia-siakan malam anda !


Kisah seterusnya.

Dari sahabat Rasulullah, ia berkata: " Aku berjalan bersama Nabi, kemudian baginda mendengar seseorang sedang membaca Qul ya ay yu hal ka fi run (Surah Al Kafirun) sampai akhir." Lalu baginda bersabda: "Orang itu telah bebas dari kemusyrikan." Kemudian kami berjalan lagi dan mendengar seseorang sedang membaca Qul hu wal lah hu a had (Surah Al Ikhlas). Baginda bersabda: "Adapun orang ini, telah diampuni (dosanya)."

Allah ampuni dosa kita dengan membaca Qul hu wal lah hu a had.

Begitu besarnya nikmat yang Allah beri kepada umat Islam. Namun kita tidak sedar dan lalai. Allahu Akbar!

Kesimpulannya: apabila kita membaca Surah Al Ikhlas, umpamanya kita membaca satu per tiga Al-Quran, dimasukkan ke syurga dan diampuni dosa. Membaca Surah Al Kafirun pula akan menyelamatkan kita daripada perkara musyrik.

Masih mahu membazirkan malam anda ? Fikir-fikirkan.

Marilah sama-sama kita mengorak langkah mengubah pengisian malam kita. Mulai malam ini, kita lapangkan masa untuk membaca kedua-dua surah ini untuk masa bekalan kita di akhirat. Bacalah kerana Allah.

Cadangan saya : Mulakan dengan Surah Al Fatihah, diikuti bacaan Surah Al Ikhlas tiga kali dan Surah Al Kafirun.

Ingin menambah pahala anda ? Sharekan post ini di Facebook anda. Pahala untuk ilmu yang dimanfaatkan.

Selamat beramal.


Maafkan saya sekiranya ada yang tersinggung. Terima kasih.

P/s : Riwayat dan kisah di dalam post ini saya temui ketika membaca Ensiklopedia Amalan Muslim.


Content Is King ?

Saya ingin menyambung post semalam. Jika anda masih belum membacanya, jangan teruskan pembacaan post ini. Cerita tergantung..................... !

Content is king ? Epic content ? Ada banyak persoalan berkaitan content.

Menulis content atau kandungan blog memang satu cabaran bagi seorang blogger. Terutamanya pendatang baru yang ingin mencuba nasib sebagai blogger. Tidak ada panduan yang jelas. Saya sendiri mengalami masalah yang sama. Antara persoalan yang sering kedengaran :

1. Apa yang ingin ditulis ?
Anda perlu menulis mengikut tema/label/keyword utama blog anda. Untuk blog Penyakit Dan Doa saya fokus kepada doa dan sedikit hadis dan sunnah Rasulullah yang ada kaitan dengan kehidupan kita.

2. Tiada idea untuk menulis ?
Perkara ini pernah saya alami. Kebuntuan idea. Saya pernah bertanya sambil berseloroh kepada seorang kawan, "Aku ada banyak doa, Kamu nak doa apa ?"
 
"Doa sakit kepala . Ada ? ",  kawan saya menjawab dengan muka serius. kemudian beliau  ketawa berdekah- dekah.

Jawapan beliau  telah mencetuskan idea penulisan kepada saya. Lantas saya membuat carian maklumat sakit kepala dan mengkaji nilai carian serta keyword utama sakit kepala.

Sebenarnya ada banyak perkara yang relevan dengan blog anda untuk ditulis. Cuma mungkin anda tidak mahir mengolah idea tersebut. Saya nasihatkan anda supaya banyak membaca untuk mendapatkan idea penulisan.

Untuk lebih mudah beli  ebook yang ditulis oleh Saudara Firdaus Latib yang berjudul "37 Teknik Luar Biasa Hapuskan Masalah Kekeringan Idea".
 
Pesan seorang blogger di dalam sebuah blog, beri apa yang cari, bantu apa yang mereka mahu. Bermaksud anda perlu menulis untuk membantu menyelesaikan masalah pembaca/pelawat. Sekiranya ini dapat dilakukan dengan berkesan, In Sya Allah pelawat akan datang semula ke blog anda dan follower anda akan meningkat. Mungkin juga Fan Page anda akan mendapat klik yang tinggi. Mereka melakukannya tanpa disuruh.

Di sinilah letaknya ayat, "content is king".

Saya cuba menidakkan kenyataan "content is king".

Saya telah melakukan satu lagi eksperimen dengan membina sebuah blog grafik bertemakan "quotes" atau kata-kata hikmat. Setiap post di blog ini  hanya mempunyai 2 atau 3 ayat sahaja dan dua keping grafik. Saya tidak mahu menulis panjang pada post berkenaan. Kemudian saya submit setiap post ke Stumble atau Digg atau Reddit. Hasilnya :



Blog eksperimen ini berusia 13 bulan. Pageviews all time history nya  26 357. Bermakna blog ini mempunyai page view 2000 sebulan. Sedikit sahaja. Di bawah ini gambaran pelawat yang datang.


Bagaimana mereka datang ? Apakah keyword yang membawa pelawat ke blog tersebut.


Di bawah ini maklumat pageview untuk page and  post.



Maaf. Saya tak berapa pandai menganalisa data. Setelah melihat imej-imej yang saya paparkan,  saya ingin tanya satu soalan kepada anda.


Apa jawapan anda ? 

Jawapan saya : Yes ! Content sangat penting bagi semua blog. Cuma content tidak semestinya karangan yang panjang berjela. Content boleh jadi dalam bentuk video, grafik, photo atau audio.  Okay, seterusnya ....

Ooppsss....... sebelum terlupa. Blog best graphiics quotes dibina untuk membuktikan bahawa tanpa penulisan yang berjela, ia  masih mampu menarik pelawat.  Sediakan apa yang pelawat cari, mereka akan datang berkali-kali.


3. Bagaimana untuk menulis content/artikel ?
Menurut seorang penulis buku yang popular, Tuan Zamri Mohamad, seorang wartawan perlu mengambil enam pembuka kunci bagi mempersembahkan beritanya. Kata kuncinya seperti berikut :

Apa
Dimana
Bila 
Siapa
Bagaimana
Mengapa

Sebagai seorang blogger, anda boleh menggunakan kaedah ini untuk menulis content. Cuma anda perlu membuat kajian teliti pada perkara yang hendak ditulis. Sebaiknya setiap fakta ada sandaran atau buktinya. Ini dapat meningkatkan kepercayaan pembaca. Oleh itu , selamat menulis.

Rasanya cukuplah setakat ini. Apa yang saya tulis ini hanyalah pandangan peribadi berdasar pengalaman dan eksperimen saya. Jika ada yang menimbulkan keraguan anda, sila komen.

P/s : Saya lebih gemar menghasilkan bahan grafik berbanding menulis artikel. Oleh itu semua  blog saya mengandungi 'terlebih' bahan grafik.

Terima kasih kerana sudi menghabiskan pembacaan.

Kaji Sebelum Buat


Salam 1Malaysia.

Saya baru sahaja membaca artikel yang ditulis oleh Danial Abdul Rahim. Beliau bercerita pasal epic content. Bagus isi artikel tersebut ! Timbul satu persoalan dalam diri saya , "Betul ke blogger ni 16 tahun ?" Saya baru sahaja mengenali Danial.  Lebih kurang 4-5 hari kebelakangan ini. Saya dapati anak muda yang bercita-cita tinggi.

Ini mengingatkan saya akan kisah Adly Mukhtar a.k.a Labanon pada 10 tahun yang lalu. Adly memulakan langkah dalam IM juga pada usia 16 tahun. Alhamdulillah, beliau kini sudah berjaya menjalankan perniagaan sendiri.

Okay, berbalik kepada tajuk post ini, Kaji Sebelum Buat. Sememangnya benar, kita perlu mengkaji atau berfikir sebelum melakukan sesuatu. Ini kerana setiap apa yang kita lakukan akan meninggalkan kesan. Dalam bahasa hebatnya , "impak".

Apa kaitannya dengan blogging ?

Tiada kaitan ? Teruskan membaca post ini.

Saya ingin kongsikan sedikit kajian yang saya buat dalam dunia blogging. Hanya sekelumit pengalaman yang ingin dikongsikan. Anda pernah jumpa atau baca blog Penyakit Dan Doa ? Inilah blog saya. Blog ini adalah blog eksperimen yang akhirnya menjadi blog kesayangan saya.

Kaji Keyword.

Blog ini saya bina untuk menguji adakah niche agama mempunyai pembaca atau pengikut. Saya fokuskan kepada skop yang lebih kecil iaitu "doa". Sebelum blog ini dibina  saya mengkaji secara kasar nilai carian perkataan "doa" di Malaysia. Saya menggunakan cara tradisional.

Local monthly searches adalah 9900 sebulan. Kalaulah saya dapat kesemua 9900 pelawat ini. Ish ish .....  Saingannya, anda lihat sendiri.


Senak perut dibuatnya ! Persaingan yang tinggi. Namun saya mesti cuba kerana ini blog eksperimen bukannya blog buat duit.

Kemudian saya kaji keyword yang perlu saya fokus. Saya pilih empat keyword berdasarkan berdasarkan Global Monthly Searches :  doa ketika sakit, mempunyai 1000 carian, doa  sakit kepala pula mempunyai 500 carian, doa anak yang nakal mempunyai 100 carian,  doa berjimak  ada  300 carian  dan cara solat dhuha mempunyai carian tertinggi iaitu 8000 carian.

Kenapa buat kajian keyword ?

1. Keyword digunakan sebagai cara untuk melabel blog. Oleh itu keyword mesti ada dalam url, keyword mesti ada dalam deskripsi blog dan keyword mesti ada dalam setiap post/entry blog.

2. Keyword memudahkan  proses SEO .

3. Keyword memudahkan owner mengkaji bagaimana pelawat boleh sampai ke blog mereka.

4. Keyword memudah blogger menentukan tema penulisan post.

Cuba fikirkan apakah keyword utama blog anda ?  Tiada ? Pilihlah satu.

Setelah selesai kajian tersebut,barulah saya membina blog Saya gunakan keyword utama dalam url dan letakkan keyword pada deskripsi blog. Langkah seterusnya adalah mencari template blog.

Kaji template.

Apalah susah-susah hendak kaji, guna sahaja apa yang ada ! Semua template sama sahaja !

Ini adalah pendapat umum.

Pada permulaannya blog Penyakit Dan Doa hanya menggunakan template biasa sahaja. Saya tulis beberapa post/entry. Saya biarkan sahaja. Tanpa SEO. Saya update blog sebulan dua kali sahaja. Ada kalanya sebulan sekali. Malas dan tidak fokus. Blog langsung tidak ada pelawat.

Kenapa ? Anda tahu jawapannya ?

Tanpa SEO blog anda tidak akan ke mana. Saya ambil keputusan untuk menukar template blog. Mencari template SEO friendly. Akhirnya saya terjumpa template "thesis for blogspot".  Saya kaji sedikit struktur H1 dan H2  template tersebut. Kelebihan template ini adalah , mempunyai button share, ada breadcrumbs, dynamic meta tags, dynamic heading tag , meta tag label dan banyak lagi. On-page SEOnya mantap.

Selepas dua minggu, ada pelawat yang datang. Wah .... ini perkembangan yang baik. Saya teruja dan jadi bersemangat.

Tanpa off-page SEO pun pelawat boleh sampai ke blog saya. Lantas, saya membuat kesimpulan bahawa template SEO friendly mampu memberi impak kepada blog.

Anda setuju dengan pendapat saya ? Sila share.

Tidak bersetuju ? Tinggalkan komen. Saya akan jawab.

Langkah seterusnya adalah menulis content.

Okay, saya akan sambung post ini esok.  See ya !

Milik Kita Bukan Rezeki Kita

Milik kita bukan rezeki kita.

Anda faham maksudnya ?  Apa yang kita ada tidak semestinya akan menjadi rezeki kita.

Ceritanya begini, Que seorang pembantu pejabat, berada di sebuah bank untuk mengeluarkan wang sebanyak RM50. Setelah memiliki wang tersebut,  beliau singgah minum ABC dan makan pau. Sedang asyik makan, Que didekati oleh seorang  lelaki separuh umur yang berpakaian comot. Lelaki tersebut meminta sebatang rokok dan sedikit wang.

Que bingkas bangun lalu memarahi lelaki itu, "Sudah tau miskin, hisap rokok pula. Membazir, membakar duit."

Lelaki itu terkebil-kebil kena marah.

"Encik berilah saya sedikit duit nak beli makanan, saya orang susah." lelaki separuh umur itu terus merayu.

"Tak payah, kalau lapar nah ambil pau ni . Kalau aku bagi duit, nanti kau beli rokok..."

Lelaki tersebut mengambil pau yang dihulur oleh Que. Setelah mengucapkan terima kasih lelaki itu pun beredar.

Que memerhati lelaki itu beredar. Satu persoalan bermain dibenaknya.

 "Kenapa dia minta duit dari aku. Ada ramai lagi pelanggan lain yang makan."

Setelah kenyang Que meneruskan langkahnya ke sebuah pasaraya. Ketika berada di pintu masuk pasaraya, beliau disapa oleh seseorang.

"Assalammualaikum encik. Saya dari rumah anak-anak yatim. Saya sedang buat jualan amal. Ini ada kalendar  dan balm. Sepuluh ringgit sahaja encik. Kalau encik hendak derma pun boleh."

Tanpa berfikir panjang, Que menyeluk poketnya lalu mendermakan RM10.

"Nah, saya derma sahaja."

Que terus masuk untuk window shopping. Selepas satu jam Que keluar sambil menjinjing beg plastik yang berisi bahan makanan yang bernilai RM20. Dia menuju ke tempat letak keretanya yang bersebelahan bank.
Dari jauh dia nampak sehelai kertas putih yang diselitkan pada wiper keretanya.

"Kertas apa ya ?", timbul persoalan di fikirannya. Que melangkah pantas ke arah keretanya.

"Adoooiiiii.......... kena saman parking pula ! Macam mana aku boleh lupa letak tiket parking ?", sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Terbang RM10 , untuk bayar saman."

Que masuk ke dalam keretanya dengan perasaan geram.

Anda faham perkaitan cerita ini dengan tajuk di atas ? Biar saya terangkan.

Que memiliki RM50. Beliau membeli pau. Pau itu miliknya. Que makan pau tersebut. Pau yang telah ditelan itu adalah rezekinya. Namun sebahagian makanan itu adalah rezeki lelaki separuh umur yang berpakaian comot.

Kemudian Que memberi RM10 kepada orang yang minta derma. Bermakna wang RM10 itu rezeki anak yatim. Jumlah wang yang boleh digunakan oleh Que berkurangan.

Que membelanja wang RM20. Rezeki bagi penjual barangan makanan tersebut. Que mendapat manfaat dalam bentuk barangan makanan. Namun masih belum pasti beliau dapat makan kesemua makanan yang dibelinya.

Akhir sekali, Que disaman RM10. Rezeki untuk Majlis Perbandaran.

Ini adalah salah satu kisah dalam kehidupan harian kita. Sebenarnya kita memiliki banyak benda dan perkara, namun bukan semua menjadi rezeki kita. Que memiliki RM50 tetapi bukan semuanya menjadi rezeki beliau..

Seorang ustaz pernah menyatakan bahawa rezeki adalah apa-apa sahaja yang memberi manfaat kepada seseorang. Tidak kiralah sama yang baik, yang buruk, yang halal ataupun yang haram.

Manfaat ini boleh jadi dalam bentuk kebendaan (material) dan yang berbentuk bukan kebendaan. Manfaat yant tidak berbentuk kebendaan adalah badan yang sihat, hati yang tenang, urusan dipermudahkan dan pelbagai lagi.

Oleh itu, sekiranya kita mempunyai manfaat berbentuk kebendaan hendaklah kita bersedekah dan berkongsi dengan orang lain. In Sya Allah rezeki kita akan diperluaskan.  Perhatikan maksud ayat Al-Quran ini:


Maka marilah kita bersedekah atau berkongsi manfaat supaya akan bertambahlah rezeki dan pahala kita. Biarlah apa yang kita miliki itu kurang asalkan rezeki kita bertambah. Hindarilah manfaat yang haram.


Sekiranya anda share artikel ini, ia juga boleh dikira sebagai sedekah. Anda berkongsi kebaikan dengan orang lain.

Andainya anda tidak berpuashati, sila beri komen yang membina.

Terima kasih.

FB Timeline Yang Awesome

Apa khabar ?

Tentunya anda sihat dan sentiasa berada di hadapan komputer untuk melayari internet. Saya pun begitu. Hari ini saya merayau-rayau di Facebook untuk mencari rakan yang sesuai. Saya terjumpa beberapa timeline yang menarik.
Menarik pada kacamata saya. Menarik atau cantik itu abstrak. Sudut pandangan cantik itu berbeda bagi setiap orang. Bergantung kepada minat sesaorang. Saya menyukai timeline tersebut kerana warna dan sudut pandangannya.

Cantik dari sudut pandangan individu yang menyukai grafik dan fotografi. Mari kita lihat siapa yang punya....!



1. Gabungan warna pada langit dan bayang hitam pada horizonnya cantik.


2. Sudut pandangan dengan gaya silhouette. Nampak seperti senja.


3. Pandangan dari bawah ke atas dan warna biru langit menarik perhatian saya.Warna bunga yang purple
    dan rama-rama nampak sepadan. Nampak tenang.


4. Kombinasi hitam dan tona warna hijau itu seolah-olah memberi cahaya. sesuai dengan kalimah syahadah
    itu. Mungkin dihasilkan dengan menggunakan photoshop brush.


5. Ini foto. Sudut yang diguna untuk ambil gambar menarik. Pemilihan bahagian yang dipangkas juga tepat.
    Jelingan matanya nampak cantik. Agaknya tuan punya FB ini pun cantik ? Saya suka melihat matanya.
    Uuuhhhhh...! 

Pandangan anda bagaimana ? Sila komen jika anda tidak setuju dengan saya. Saya ingin tahu pandangan anda. Kita serupa tapi berbeda.

Jumpa lagi .